15 Sept 2013 - Sempena meraikan sambutan bulan
kemerdekaan yang ke 56 SK Serom 3 telah menganjurkan aktiviti basikalton
merdeka pada hari ini. Aktiviti ini bertujuan memupuk semangat cintakan
negara dalam kalangan murid-murid. Sebelum aktiviti bermula satu
pertandingan basikal berhias juga turut diadakan bertemakan hari
kemerdekaan. Murid-murid menghias basikal mereka yang akan menyertai
basikalton dengan bendera jalur gemilang mengikut kreativiti
masing-masing. Kemudian aktiviti diteruskan dengan basikalton bermula
dari sekolah ke Belemang.
