Sunday, September 15, 2013

Basikalton Merdeka 2013

15 Sept 2013 - Sempena meraikan sambutan bulan kemerdekaan yang ke 56 SK Serom 3 telah menganjurkan aktiviti basikalton merdeka pada hari ini. Aktiviti ini bertujuan memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan murid-murid. Sebelum aktiviti bermula satu pertandingan basikal berhias juga turut diadakan bertemakan hari kemerdekaan. Murid-murid menghias basikal mereka yang akan menyertai basikalton dengan bendera jalur gemilang mengikut kreativiti masing-masing. Kemudian aktiviti diteruskan dengan basikalton bermula dari sekolah ke Belemang.

0 comments: